BN perlu buat persiapan rapi hadapi pilihan raya negeri
BINTULU: Tumpuan utama Barisan Nasional (BN) sekarang ialah untuk mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negeri ke-10 ini dan bukan soal siapa pengganti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, antara nama dikatakan sebagai pengganti Taib berkata, tidak wajar membincangkan soal siapa Ketua Menteri seterusnya ketika BN membuat persiapan rapi dalam menghadapi pilihan raya.
Awang Tengah yang juga Naib Presiden Kanan I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, peralihan kuasa juga tidak perlu didesak kerana Taib tahu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Meskipun maklum nama beliau dikaitkan sebagai calon Ketua Menteri, beliau lebih suka merendah diri sambil berkata:“Fokus utama saya ialah membantu Ketua Menteri dalam membawa perubahan yang kini telah menyaksikan transformasi hebat (di Sarawak). Soal itu (untuk menjadi Ketua Menteri) tidak ada dalam fikiran kita”.
Selain Awang Tengah, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, merupakan nama yang dikaitkan sebagai pengganti Taib.
Hasrat Taib untuk berundur dinyatakan beliau sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sejiwa Senada di Serian pada hujung minggu lepas.
Taib yang tidak menamakan penggantinya berkata, beliau mungkin menyerahkan jawatan tersebut pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya.
Serentak dengan keputusan berundur, Taib pada majlis tersebut berkata, beliau akan meneraju BN Sarawak dalam memastikan kemenangan pilihan raya negeri selepas DUN dibubarkan kelmarin.
Menjawab persoalan lain, pada sidang media selepas melancarkan Hari Perhutanan Sedunia di Taman Negara Similajau dekat sini, semalam, Awang Tengah berkata, senarai calon-calon BN akan diumumkan oleh Taib.
“Ini hanya akan diumumkan selepas Ketua Menteri dan Perdana Menteri meluluskan nama-nama yang dikemukakan oleh parti-parti komponen,” katanya.
Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais berkata, PBB dijangka tidak akan menyaksikan pertukaran kerusi di kalangan calon-calon.
Katanya, pertukaran kerusi hanya akan menyebabkan proses pembangunan di sesuatu kawasan terjejas kerana terpaksa memberi tumpuan baru di kawasan DUN baru.
“Melainkan seseorang penyandang diminta oleh penduduk di kawasan terbabit atau dengan alasan munasabah, itu lain cerita,” katanya lagi.
sumber dari Borneo post online
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Perebutan kerusi di antara parti PKR dan SNAP berlarutan untuk pilihanraya negeri Sarawak ke-10 April ini. Parti-parti berkenaan di kata...
-
KANOWIT, 23 Mac (Bernama) -- Pasangan bapa dan anak adalah antara calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN...
-
MUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas penganut Kristian di negeri ini seperti dakwaan pembangkang, tegas Ketua Menteri Pehin Sr...
-
BN perlu buat persiapan rapi hadapi pilihan raya negeri BINTULU: Tumpuan utama Barisan Nasional (BN) sekarang ialah untuk mencapai kemena...
-
KUALA LUMPUR: Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun...
-
Satu perhimpunan protes ke atas Ketua Menteri Taib Mahmud dipercayai akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada Ahad ini, 20 ...
-
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan...
-
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan akhir Mac atau awal April ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Nege...
-
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya negeri akan datang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM45 juta. Pengerusi SPR...
-
MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam i...
No comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak akan bertanggungjawab terhadap semua komen dari pembaca di sini.