KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semalam mengajak seluruh jentera Barisan Nasional (BN) untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 tidak lama lagi.
Sambil memberi peringatan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir, Pengerusi BN negeri itu berkata, jentera BN perlu bersatu untuk berjuang memastikan Sarawak terus maju, demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
“Jangan sama sekali gentar untuk mempertahankan Sarawak daripada dicerobohi pihak yang hanya memperjuangkan politik persepsi iaitu politik propaganda, demi kepentingan diri, yang hanya bertujuan mengelirukan rakyat.
“Kita kena pertahankan habis-habisan politik realiti yang diasaskan BN iaitu politik berasaskan perkhidmatan untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam ucaptama pada Konvensyen BN Sarawak 2011, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.
Konvensyen sehari itu dihadiri 5,300 perwakilan mewakili empat parti komponen BN Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).
Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden SPDP, Datuk Seri Willliam Mawan Ikom.
Abdul Taib yang juga Presiden PBB berkata, BN ibarat sudah mempunyai mutiara di dalam tangan dengan mempunyai trek rekod membawa pembangunan pesat di seluruh negara dan membela rakyat semua kaum.
sumber Berita harian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Perebutan kerusi di antara parti PKR dan SNAP berlarutan untuk pilihanraya negeri Sarawak ke-10 April ini. Parti-parti berkenaan di kata...
-
KANOWIT, 23 Mac (Bernama) -- Pasangan bapa dan anak adalah antara calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN...
-
MUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas penganut Kristian di negeri ini seperti dakwaan pembangkang, tegas Ketua Menteri Pehin Sr...
-
BN perlu buat persiapan rapi hadapi pilihan raya negeri BINTULU: Tumpuan utama Barisan Nasional (BN) sekarang ialah untuk mencapai kemena...
-
KUALA LUMPUR: Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun...
-
Satu perhimpunan protes ke atas Ketua Menteri Taib Mahmud dipercayai akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada Ahad ini, 20 ...
-
PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan...
-
KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan akhir Mac atau awal April ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Nege...
-
KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya negeri akan datang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM45 juta. Pengerusi SPR...
-
MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam i...
No comments:
Post a Comment
Pemilik Blog tidak akan bertanggungjawab terhadap semua komen dari pembaca di sini.