Monday, March 28, 2011

Perebutan Kerusi PKR-SNAP Berlarutan


Perebutan kerusi di antara parti PKR dan SNAP berlarutan untuk pilihanraya negeri Sarawak ke-10 April ini. Parti-parti berkenaan di katakan membuat tuntutan bertindih untuk 23 kerusi.

Selanjutnya baca di BERNAMA

Thursday, March 24, 2011

Bapa Dan Anak Antara Calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10

KANOWIT, 23 Mac (Bernama) -- Pasangan bapa dan anak adalah antara calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini.

Alexius Douglas akan bertanding bagi kerusi DUN Ngemah di sini manakala bapanya, Douglas Alau Tayan, pula bagi kerusi Pelagus di Bahagian Kapit.

Mereka berdua berasal dari sini namun kini tinggal di Kuching.

Wednesday, March 23, 2011

Tumpu pada pilihan raya bukan siapa pengganti KM

BN perlu buat persiapan rapi hadapi pilihan raya negeri
BINTULU: Tumpuan utama Barisan Nasional (BN) sekarang ialah untuk men­capai kemenangan besar dalam pilihan raya negeri ke-10 ini dan bukan soal siapa pengganti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud se­bagai Ketua Menteri.Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Ten­gah Ali Hasan, antara nama dikatakan sebagai pengganti Taib berkata, tidak wajar membincangkan soal siapa Ketua Menteri seterusnya ketika BN membuat persia­pan rapi dalam menghadapi pilihan raya.
Awang Tengah yang juga Naib Presiden Kanan I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, peralihan kuasa juga tidak perlu dide­sak kerana Taib tahu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.
Meskipun maklum nama beliau dikaitkan sebagai calon Ketua Menteri, beliau lebih suka merendah diri sam­bil berkata:“Fokus utama saya ialah membantu Ketua Menteri dalam membawa pe­rubahan yang kini telah men­yaksikan transformasi hebat (di Sarawak). Soal itu (untuk menjadi Ketua Menteri) tidak ada dalam fikiran kita”.

Wednesday, March 16, 2011

BN tidak tindas penganut Kristian

MUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas penganut Kristian di negeri ini seperti dakwaan pembangkang, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.
Menurut beliau, pembangkang sengaja memperbesarkan isu-isu sensitif untuk menjadi popular dan meraih sokongan pasca pilihan raya negeri.
Beliau menyatakan demikian semasa berucap dalam Program Berambeh Jegem Ketua Menteri di Rumah Malang Bada, Bayan Ulu, dekat sini pagi semalam.
“Isu agama sebegini bukan perkara baharu. Pembangkang pernah memainkan sentimen sama dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu tahun lalu.

Sunday, March 6, 2011

Pilihan raya kecil bagi (DUN) Merlimau dan Kerdau : Keputusan 8 malam ini

MERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN pula disasarkan mencecah 80 peratus dengan pengundi dinasihatkan keluar awal menunaikan tanggungjawab itu berikutan cuaca dijangka hujan pada sebelah petang. DUN Merlimau dan Kerdau, masing-masing mempunyai 10,679 dan 8,999 pengundi berdaftar.
Abdul Aziz turut mengingatkan parti bertanding tidak berkempen pada hari pengundian serta meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi masing-masing.

sumber Berita Harian

Jangan Gentar Pertahankan Sarawak : Kata Ketua Menteri Sarawak

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semalam mengajak seluruh jentera Barisan Nasional (BN) untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 tidak lama lagi.

Sambil memberi peringatan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir, Pengerusi BN negeri itu berkata, jentera BN perlu bersatu untuk berjuang memastikan Sarawak terus maju, demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.
“Jangan sama sekali gentar untuk mempertahankan Sarawak daripada dicerobohi pihak yang hanya memperjuangkan politik persepsi iaitu politik propaganda, demi kepentingan diri, yang hanya bertujuan mengelirukan rakyat.