Monday, February 28, 2011

8 Pemimpin Kanan Hindraf, HRP Dijangka Didakwa Jumaat

KUALA LUMPUR: Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun secara haram dijangka dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.
"Kami akan serahkan laporan lengkap siasatan dalam masa terdekat kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sebelum tarikh berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Sunday, February 27, 2011

Jangan Cetuskan Provokasi Melampau: Datuk Wira Abu Seman

MERLIMAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman memberi amaran kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding supaya tidak mewujudkan provokasi melampau bagi mengelakkan kejadian tidak diinggini sepanjang tempoh berkempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bermula semalam hingga 6 Mac ini.

Beliau berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS mesti menggelakkan kejadian yang boleh mencemarkan kedua-dua pilihan raya kecil itu.
“Dalam apa isu sekalipun, mereka jangan terlalu mengikut emosi. Mereka mesti menjauhkan provokasi kerana perkara kecil jika tidak dikawal boleh menjadi besar sehingga mencetuskan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau, dekat sini, semalam.

Friday, February 25, 2011

YBGK | Datuk Seri Najib Razak Melancarkannya hari ini

PUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun. 

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.
"Keadilan adalah prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.


Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi. 

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah. - BERNAMA



sumber:Bharian

Tuesday, February 22, 2011

RM45 juta untuk Menguruskan Pilihan Raya akan Datang

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya negeri akan datang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM45 juta.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, peningkatan sebanyak RM15 juta daripada pilihan raya yang lalu itu dijangkakan berikutan kadar sewa pelbagai jenis logistik yang semakin meningkat.

“Berbanding dengan pilihan raya yang lepas, bajet kali ini dijangka akan menyaksi-kan peningkatan sebanyak RM15 juta.

Monday, February 21, 2011

Jangan bohongi rakyat untuk berkuasa: Taib

MUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan pihak pembangkang yang kemaruk untuk berkuasa agar tidak membohongi rakyat.
Jelasnya, pengalaman selama 30 tahun menduduki kerusi Ketua Menteri menjadikan beliau cukup matang untuk mengetahui sesiapa yang berbohong.
“Saya klasifikasikan bohong kepada tiga jenis. Ada bohong bergurau. Ada yang berbohong untuk mendapat perhatian. Bohong ketiga paling bahaya iaitu bertujuan memecahbelahkan rakyat.
“Pembangkang memang banyak berbohong kepada rakyat. Janji itu ini, konon kalau berkuasa akan menabur duit. Bukan mudah, sedangkan kerajaan tidak dapat melakukan sebegitu. Apa lagi mereka,” tegasnya.
Pada masa sama, beliau mengakui memang ada memikirkan untuk bersara, namun tidak akan berbuat demikian sehingga pemimpin pelapis yang beliau asuh bersedia.

Thursday, February 17, 2011

Pilihan Raya Kecil (DUN) Merlimau | Seramai 5,000 Anggota Wanita BN Akan Berkempen.

JASIN, 16 Feb (Bernama) -- Seramai 5,000 anggota wanita Barisan Nasional (BN) akan berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata dalam menjalankan kempen meraih undi itu, anggota BN diingatkan sentiasa berdisplin, berhemah, dan mengelakkan diri daripada melemparkan dakyah palsu.

"Kita akan meneruskan pendekatan ini pada PRK Merlimau di samping mengawasi dakyah pembangkang yang akan menggunakan pelbagai cara dan helah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Wanita BN dan Gelombang Merah 1Malaysia di Bilik Gerakan Wanita BN di Taman Merlimau Jaya, di sini petang Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Suruhan Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Merlimau pada 26 Feb ini dan jika ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil iti diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dari BN akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

sumber Bernama

Wednesday, February 16, 2011

Mahu Lebih Kerusi, PAS Mahu Bertanding Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

Ikuti berita selanjutnya disini

Pemimpin Masyarakat perlu bijak Manipulasi Pembangunan, kata KM

SIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyarankan agar wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di Sibu bijak memanipulasi pembangunan sedia bagi tujuan melonjakkan ekonomi dan aktiviti pembangunan di sini.
Katanya, wakil rakyat serta pemimpin di sini juga harus membuka ruang bagi menjalinkan kerjasama dengan  pemimpin lain di serata negeri dalam usaha mencanang lebih banyak aktiviti pembangunan.
“Sekarang zaman telah berubah dan rakyat serta pemimpin mereka tidak boleh terlalu mengharap apa yang diusaha kerajaan.
“Sebaliknya mereka (rakyat) perlu peka dan fokus untuk membangunkan taraf hidup dan sosioekonomi diri sendiri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.
Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah serta isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi Taib.
Menurut Taib, selain industi pembalakan, Sibu yang sangat popular dalam industri berkenaan pada tahun 1960-an dan 1970-an, turut memiliki potensi lain dalam mengembang aktiviti ekonominya.
Ini termasuk industri perkapalan yang dilihat mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit.
“Mungkin pada hari ini kita hanya mampu bina kapal-kapal bagi muatan kecil sahaja dan tidak mustahil orang Sibu mampu menghasilkan kapal yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.
Selain itu ujar beliau, pembangunan Tanjung Manis sebagai hab halal turut membawa potensi besar kepada rakyat di Sibu.
Bagi menjayakan projek hab halal Tanjung Manis ujar beliau, seseorang itu tidak perlu menjadi Muslim dalam mengetengahkan makanan halal.
Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan kini terpulang kepada rakyat sendiri memanipulasikannya untuk mendapatkan manfaat daripada apa yang telah diusahakan.
Jelas beliau, segala keperluan rakyat sentiasa diutamakan oleh kerajaan, apatah lagi negara kini sedang mengorak langkah mengejar status negara maju.
“Apa yang saya ucapkan ini memang kenyataan… dan Sibu harus membangun. Untuk membangun, rakyat Sibu harus mengekalkan status politiknya dalam keadaan terbaik dan terus bersatu padu. Jika tidak, Sibu tidak akan ke mana atau terus ketinggalan begitu sahaja,” tambah beliau.

sumber di petik dari Borneo Post

Tuesday, February 15, 2011

DUN Sarawak | Dijangka Dibubarkan Pada Bulan Mac

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan akhir Mac atau awal April ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang dijangka diadakan April ini, iaitu tiga bulan sebelum tempoh DUN Sarawak kesembilan berakhir.

Ini berikutan kursus bagi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak akan bermula selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau yang ditetapkan pada 6 Mac ini.
Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, mengesahkan kursus selama dua minggu bagi semua petugas pilihan raya di semua 71 kawasan DUN di Sarawak, akan hanya bermula sebaik PRK Merlimau selesai.

“Kursus untuk semua petugas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan selepas PRK Merlimau,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Tempoh DUN Sarawak ke-Sembilan akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada 2006, DUN Sarawak Yang Ke-Lapan dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri pada 24 April 2006, iaitu tujuh bulan lebih awal daripada tarikh tamat hayat DUN berkenaan, dengan SPR menerima surat daripada Speaker DUN mengenai pembubaran itu pada hari sama.

Monday, February 14, 2011

DUN Kerdau | BN akan cari pengganti Zaharuddin

photo credit to Borneo post online
TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.
Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian anggota DUN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.
“Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di sini, semalam.

Berita selanjutnya di sini

Betul ke rusuhan akan berlaku di Sarawak?

Satu perhimpunan protes ke atas Ketua Menteri Taib Mahmud dipercayai akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada Ahad ini, 20 Februari jam 2.00 petang. Diuar-uarkan SMS telah disebar menyeru penyokong berkumpul untuk menjayakan protes tersebut.

Baca selanjutnya di sini

First Page

Terima kasih