Tuesday, February 22, 2011

RM45 juta untuk Menguruskan Pilihan Raya akan Datang

KUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya negeri akan datang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM45 juta.
Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, peningkatan sebanyak RM15 juta daripada pilihan raya yang lalu itu dijangkakan berikutan kadar sewa pelbagai jenis logistik yang semakin meningkat.

“Berbanding dengan pilihan raya yang lepas, bajet kali ini dijangka akan menyaksi-kan peningkatan sebanyak RM15 juta.



“Peratusan persediaan kami untuk pilihan raya negeri Sarawak adalah lebih kurang 64 peratus,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah SPR Negeri, Datu Takun Sunggah.

Aziz memberitahu, SPR ingin membuat persediaan awal walaupun tarikh pembubaran Dewan Undangan Ne-geri (DUN) dan pilihan raya negeri belum diketahui lagi.

Menurutnya, untuk mengadakan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, ia adalah satu tugas yang besar dan mencabar kerana melibatkan kawasan yang sangat luas, malah lebih luas daripada Semenanjung Malaysia dan persediaannya adalah berbagai-bagai.

“Oleh itu, kita membuat persediaan awal malah bajet juga saya minta pegawai hantar lebih awal ke Kementerian Kewangan walaupun pengumuman belum dibuat supaya pegawai kementerian tersebut boleh membuat kajian (bajet) lebih teliti.

“Bergantung kepada jumlah kelulusan, anggaran jumlah pengangkutan yang di-perlukan sebanyak 24 buah helikopter, kenderaan pacuan empat roda (4,124 buah), perahu panjang sebanyak 919 buah dan bot laju sebanyak 63 buah,” katanya.

Selain itu, katanya lagi saluran mengundi dan pusat mengundi juga sudah dikenal pasti, iaitu saluran adalah sebanyak 2,561 manakala pusat mengundi adalah sebanyak 1,740 dan tempat bertugas pegawai-pegawai pengurus juga sudah dikenal pasti.

Dalam pada itu, beliau memberitahu tujuan perjum-paan SPR di negeri ini adalah untuk menjelaskan tanggungjawab dan memberi anologi kepada pegawai pengurus (RO) dan penolong pegawai pengurus (ARO).

SPR mengadakan tiga perjumpaan iaitu semalam di Kuching dengan seramai 32 orang RO dan 68 ARO, Rabu di Sibu dan Jumaat di Miri.

“Ia adalah sebagai persedia-an awal. Sebagai pengerusi saya suka bersedia awal.

“Sekarang mereka sudah tahu akan ditempatkan di mana dan diharap akan sama-sama membantu melihat ke-perluan di situ dan memaklumkannya kepada (penge-rusi SPR Negeri) Datu Takun,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau ada meng-adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau menafikan sekeras-kerasnya isu tersebut.

“Tidak ada. Saya tidak tahu dari mana anda mendengar-nya kerana saya tidak per- nah berkata demikian. Mana anda (media) dapat khabar itu terpulang, tetapi (saya) tidak ada (berjumpa Ketua Men-teri),” tegasnya.

sumber Borneo Post

No comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak akan bertanggungjawab terhadap semua komen dari pembaca di sini.