Sunday, February 27, 2011

Jangan Cetuskan Provokasi Melampau: Datuk Wira Abu Seman

MERLIMAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman memberi amaran kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding supaya tidak mewujudkan provokasi melampau bagi mengelakkan kejadian tidak diinggini sepanjang tempoh berkempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bermula semalam hingga 6 Mac ini.

Beliau berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS mesti menggelakkan kejadian yang boleh mencemarkan kedua-dua pilihan raya kecil itu.
“Dalam apa isu sekalipun, mereka jangan terlalu mengikut emosi. Mereka mesti menjauhkan provokasi kerana perkara kecil jika tidak dikawal boleh menjadi besar sehingga mencetuskan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau, dekat sini, semalam.

Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota mencukupi bagi mengawal keselamatan di kedua-dua pilihanraya kecil DUN terbabit.

Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin, pasukan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan sepanjang tempoh kempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya memberi jaminan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau akan berjalan dengan baik kerana kita mempunyai anggota yang mencukupi dan terlatih bagi menanggani masalah keselamatan kerana mereka juga sudah banyak kali bertugas sama ada pada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

“Kita juga sudah menubuhkan Markas Taktikal (MARTEK) Polis yang menempatkan anggota polis secukupnya di kedua-dua DUN terbabit,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Pemilik Blog tidak akan bertanggungjawab terhadap semua komen dari pembaca di sini.