tag:blogger.com,1999:blog-64119024654388467192024-02-20T15:42:34.421+08:00SenjaSemalamSudah Terang Lagi BersuluhCangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.comBlogger18125tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-12680148081459765542011-03-28T20:04:00.000+08:002011-03-28T20:04:07.939+08:00Perebutan Kerusi PKR-SNAP Berlarutan

Perebutan kerusi di antara parti PKR dan SNAP berlarutan untuk pilihanraya negeri Sarawak ke-10 April ini. Parti-parti berkenaan di katakan membuat tuntutan bertindih untuk 23 kerusi.

Selanjutnya baca di BERNAMACangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-80160272866901921372011-03-24T19:26:00.002+08:002011-03-24T19:29:05.094+08:00Bapa Dan Anak Antara Calon Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10KANOWIT, 23 Mac (Bernama) -- Pasangan bapa dan anak adalah antara calon yang akan bertanding dalam pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 pada 16 April ini.

Alexius Douglas akan bertanding bagi kerusi DUN Ngemah di sini manakala bapanya, Douglas Alau Tayan, pula bagi kerusi Pelagus di Bahagian Kapit.

Mereka berdua berasal dari sini namun kini tinggal di Kuching.

Nama mereka diumumkan oleh Presiden Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Edwin Dundang Bugak di Kuching Selasa.

Douglas adalah bekas pensyarah universiti. Beliau meletak jawatan untuk menyertai politik dan pada pilihan raya negeri 1991, beliau mencabar penyandang kerusi DUN Machan, Datuk Gramong Juna atas tiket Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) yang kini telah pun dibubarkan.

Bagaimanapun, beliau kalah apabila hanya memperoleh 3,089 undi berbanding 3,700 undi yang diraih Gramong.

Pada 2001, beliau sekali lagi bertanding sebagai calon bebas menentang Gramong bagi kerusi yang sama namun kalah.

Pemerhati politik tempatan berpendapat bahawa langkah beliau mencuba nasib di Pelagus kali ini, mungkin agak mustahil untuk membuahkan hasil memandangkan beliau tidak begitu dikenali di sana. Kerusi itu juga merupakan kubu kuat Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Sementara itu, bersama dengan anak lelaki beliau, Alexius, yang menyertai saingan di DUN Ngemah, terdapat tiga lagi calon yang akan menentang Barisan Nasional (BN) bagi kerusi kawasan luar bandar dengan majoriti pengundi dayak Iban.

Alexander Vincent dijangka menjadi calon BN yang mewakili PRS sekali lagi.

Beliau membuat kemunculan sulung di kawasan berkenaan pada pilihan raya negeri 2006 di mana beliau dikalahkan oleh Gabriel Adit Demong, bekas penyandang daripada BN selama empat penggal yang kemudiannya memutuskan untuk bertanding sebagai calon bebas.

Alexander kini sangat dikenali di sini kerana selepas kekalahan itu, beliau berusaha keras untuk memenangi hati penduduk setempat. Alexius mungkin berdepan tugas besar bagi kerusi berkenaan memandangkan beliau tidak dikenali di kawasan itu.

Saingan di sini semestinyalah antara Gabriel Adit, yang kini Pengerusi Parti Cinta Malaysia cawangan Sarawak dan calon BN/PRS.

Parti Keadilan Rakyat meletakkan harapan ke atas pesara guru besar itu untuk meneruskan kemaraannya.

Seorang ahli perniagaan berbangsa Cina yang berhasrat untuk bertanding sebagai calon bebas turut dilihat mengunjungi kira-kira 200 rumah panjang di kawasan pilihan raya itu.

sumber: BERNAMA Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-89199032438383135832011-03-23T20:11:00.000+08:002011-03-23T20:11:30.165+08:00Tumpu pada pilihan raya bukan siapa pengganti KMBN perlu buat persiapan rapi hadapi pilihan raya negeri

BINTULU: Tumpuan utama Barisan Nasional (BN) sekarang ialah untuk mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya negeri ke-10 ini dan bukan soal siapa pengganti Pehin Sri Abdul Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri.Menteri Perancangan dan Pengurusan Sumber Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, antara nama dikatakan sebagai pengganti Taib berkata, tidak wajar membincangkan soal siapa Ketua Menteri seterusnya ketika BN membuat persiapan rapi dalam menghadapi pilihan raya.

Awang Tengah yang juga Naib Presiden Kanan I Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata, peralihan kuasa juga tidak perlu didesak kerana Taib tahu masa yang sesuai untuk berbuat demikian.

Meskipun maklum nama beliau dikaitkan sebagai calon Ketua Menteri, beliau lebih suka merendah diri sambil berkata:“Fokus utama saya ialah membantu Ketua Menteri dalam membawa perubahan yang kini telah menyaksikan transformasi hebat (di Sarawak). Soal itu (untuk menjadi Ketua Menteri) tidak ada dalam fikiran kita”.

Selain Awang Tengah, Timbalan Presiden PBB Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, merupakan nama yang dikaitkan sebagai pengganti Taib.

Hasrat Taib untuk berundur dinyatakan beliau sendiri di hadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Sejiwa Senada di Serian pada hujung minggu lepas.

Taib yang tidak menamakan penggantinya berkata, beliau mungkin menyerahkan jawatan tersebut pada pertengahan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) seterusnya.

Serentak dengan keputusan berundur, Taib pada majlis tersebut berkata, beliau akan meneraju BN Sarawak dalam memastikan kemenangan pilihan raya negeri selepas DUN dibubarkan kelmarin.

Menjawab persoalan lain, pada sidang media selepas melancarkan Hari Perhutanan Sedunia di Taman Negara Similajau dekat sini, semalam, Awang Tengah berkata, senarai calon-calon BN akan diumumkan oleh Taib.

“Ini hanya akan diumumkan selepas Ketua Menteri dan Perdana Menteri meluluskan nama-nama yang dikemukakan oleh parti-parti komponen,” katanya.

Sementara itu, Menteri Muda Perancangan dan Pengurusan Sumber Naroden Majais berkata, PBB dijangka tidak akan menyaksikan pertukaran kerusi di kalangan calon-calon.

Katanya, pertukaran kerusi hanya akan menyebabkan proses pembangunan di sesuatu kawasan terjejas kerana terpaksa memberi tumpuan baru di kawasan DUN baru.

“Melainkan seseorang penyandang diminta oleh penduduk di kawasan terbabit atau dengan alasan munasabah, itu lain cerita,” katanya lagi.

sumber dari Borneo post online Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-39697093924954753912011-03-16T18:46:00.000+08:002011-03-16T18:46:46.189+08:00BN tidak tindas penganut KristianMUKAH: Barisan Nasional (BN) tidak pernah menindas penganut Kristian di negeri ini seperti dakwaan pembangkang, tegas Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud.

Menurut beliau, pembangkang sengaja memperbesarkan isu-isu sensitif untuk menjadi popular dan meraih sokongan pasca pilihan raya negeri.

Beliau menyatakan demikian semasa berucap dalam Program Berambeh Jegem Ketua Menteri di Rumah Malang Bada, Bayan Ulu, dekat sini pagi semalam.

“Isu agama sebegini bukan perkara baharu. Pembangkang pernah memainkan sentimen sama dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu tahun lalu.

Konon, saya mengarahkan agar beribu-ribu kitab Injil dibakar.

“Sekarang isu lain ditimbulkan. BN dituduh menindas penganut Kristian negeri ini. Perkara ini tidak betul. Jika betul, mengapa BN membantu membina banyak gereja serta chapel?” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu mahu pembangkang berhenti memainkan isu-isu sensitive melibatkan agama untuk menjaga perpaduan erat penduduk berbilang kaum dan agama di negeri ini.

“Perbezaan dalam beragama biarlah Tuhan yang menentukan. Jangan bangkitkan siapa betul, siapa salah. Begitu juga isu syurga neraka.

Saya berpendapat hal agama biarlah ditentukan oleh hati masing-masing.

“Saya ada ramai saudaramara serta kawan-kawan Kristian. Kami berhubung seperti biasa. Justeru, janganlah perkara yang kecil diperbesarkan kerana ia boleh membawa perpecahan,” jelasnya.

Taib kemudian mengumumkan peruntukan sebanyak RM12.7 juta untuk projek penyambungan paip air bagi kemudahan penduduk rumah-rumah panjang dari Simpang Matadeng sehingga Pangkalan Lobang, di sini.

Selain projek yang dijangka siap pada 2012 itu, beliau meluluskan peruntukan sebanyak RM1 juta bagi menaik taraf susur jalan masuk ke beberapa rumah panjang di Bayan Ulu.

Sejak Januari tahun ini, sebanyak 30,000 naskhah Injil berbahasa Malaysia ditahan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Pelabuhan Kuching sejak awal tahun ini yang dijadikan modal oleh pembangkang untuk mengkritik BN.

Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Kurdi Taib, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad dan Setiausaha Politik Ketua kepada Menteri Abu Seman Jahwie.

Residen Mukah Saudi Narani, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Mukah Unus Tambi, Pegawai Daerah Mukah Mohamad Nawawi, Penghulu Iju Tutong serta Tuai Rumah Malang turut menghadiri majlis itu.

Kemudian, beliau bersama rombongan berangkat ke Kampung Teh, di sini untuk menyertai majlis serupa yang dihadiri lebih 3,000 penduduk setempat.

sumber Borneo post Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-91545467858162414432011-03-06T12:18:00.000+08:002011-03-06T12:18:25.856+08:00Pilihan raya kecil bagi (DUN) Merlimau dan Kerdau : Keputusan 8 malam iniMERLIMAU: Keputusan pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dijangka diketahui seawal-awalnya jam 8 malam ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusof.

Peratusan keluar mengundi bagi kedua-dua DUN pula disasarkan mencecah 80 peratus dengan pengundi dinasihatkan keluar awal menunaikan tanggungjawab itu berikutan cuaca dijangka hujan pada sebelah petang. DUN Merlimau dan Kerdau, masing-masing mempunyai 10,679 dan 8,999 pengundi berdaftar.

Abdul Aziz turut mengingatkan parti bertanding tidak berkempen pada hari pengundian serta meraih undi dengan membuka barung atau di pusat operasi masing-masing.

sumber Berita Harian Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-54976273097296119822011-03-06T11:43:00.001+08:002011-03-24T19:28:05.277+08:00Jangan Gentar Pertahankan Sarawak : Kata Ketua Menteri SarawakKUCHING: Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, semalam mengajak seluruh jentera Barisan Nasional (BN) untuk berjuang habis-habisan bagi memastikan kemenangan BN pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 tidak lama lagi.

Sambil memberi peringatan bahawa pilihan raya sudah semakin hampir, Pengerusi BN negeri itu berkata, jentera BN perlu bersatu untuk berjuang memastikan Sarawak terus maju, demi kesejahteraan rakyat pelbagai kaum di negeri ini.

“Jangan sama sekali gentar untuk mempertahankan Sarawak daripada dicerobohi pihak yang hanya memperjuangkan politik persepsi iaitu politik propaganda, demi kepentingan diri, yang hanya bertujuan mengelirukan rakyat.

“Kita kena pertahankan habis-habisan politik realiti yang diasaskan BN iaitu politik berasaskan perkhidmatan untuk kepentingan rakyat,” katanya dalam ucaptama pada Konvensyen BN Sarawak 2011, di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Konvensyen sehari itu dihadiri 5,300 perwakilan mewakili empat parti komponen BN Sarawak - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP).

Hadir sama isteri Ketua Menteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib; Presiden SUPP, Tan Sri Dr George Chan Hong Nam; Presiden PRS, Datuk Seri Dr James Masing dan Presiden SPDP, Datuk Seri Willliam Mawan Ikom.

Abdul Taib yang juga Presiden PBB berkata, BN ibarat sudah mempunyai mutiara di dalam tangan dengan mempunyai trek rekod membawa pembangunan pesat di seluruh negara dan membela rakyat semua kaum.

sumber Berita harianCangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-45033803394559726122011-02-28T21:20:00.001+08:002011-02-28T21:20:00.429+08:008 Pemimpin Kanan Hindraf, HRP Dijangka Didakwa JumaatKUALA LUMPUR: Lapan pemimpin kanan kumpulan tidak berdaftar Hindraf dan Parti Hak Asasi Manusia (HRP) yang ditahan semalam kerana berhimpun secara haram dijangka dihadapkan ke mahkamah Jumaat ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah, berkata mereka sudah dibebaskan dengan jaminan polis semalam dan polis kini dalam proses melengkapkan siasatan sebelum diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya.

"Kami akan serahkan laporan lengkap siasatan dalam masa terdekat kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan seterusnya sebelum tarikh berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini hari ini.

Zulkifli berkata, polis turut menahan 14 orang lagi di Balai Polis Daerah Jinjang apabila mereka enggan bersurai di hadapan balai itu malam semalam.

"Polis terpaksa menahan mereka dan akan disiasat di bawah Seksyen 27 (5) Akta Polis kerana berhimpun secara haram sebelum dibebaskan dengan jaminan polis pada petang ini," katanya.

Semalam, seramai 109 orang, termasuk pemimpin Hindraf P.Uthayakumar ditahan polis kerana berdemonstrasi secara haram bagi membantah novel Interlok.

Mengulas tentang mesyuarat bersama DBKL, Zulkifli berkata polis dan DBKL akan meningkatkan kerjasama dalam menjaga keselamatan bandar ini dengan pemantauan daripada kedua-dua pihak.

"Di bawah satu projek khas, polis dan DBKL telah mengenal pasti kawasan yang tinggi kadar jenayah ataupun kawasan panas dengan memasang kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail berkata DBKL akan menambah jumlah CCTV di seluruh kawasan bandar raya yang akan diperoleh secara sewa.

"Jumlah keseluruhan pemasangan CCTV akan mencapai lebih 1,000 unit dan 100 unit CCTV akan dipantau bersama polis di kawasan panas sekitar Kuala Lumpur," katanya.

Ahmad Fuad berkata pemasangan CCTV itu diharap dapat memudahkan tugas pemantauan sekaligus mengurangkan lagi kadar jenayah di ibu negara. - BERNAMA

sumber Berita harian Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-55829551542907097712011-02-27T00:55:00.002+08:002011-03-18T12:07:21.750+08:00Jangan Cetuskan Provokasi Melampau: Datuk Wira Abu SemanMERLIMAU: Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman memberi amaran kepada penyokong kedua-dua parti yang bertanding supaya tidak mewujudkan provokasi melampau bagi mengelakkan kejadian tidak diinggini sepanjang tempoh berkempen pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau bermula semalam hingga 6 Mac ini.

Beliau berkata, penyokong Barisan Nasional (BN) atau PAS mesti menggelakkan kejadian yang boleh mencemarkan kedua-dua pilihan raya kecil itu.

“Dalam apa isu sekalipun, mereka jangan terlalu mengikut emosi. Mereka mesti menjauhkan provokasi kerana perkara kecil jika tidak dikawal boleh menjadi besar sehingga mencetuskan pergaduhan,” katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon pilihanraya kecil DUN Merlimau di Politeknik Merlimau, dekat sini, semalam.

Abu Seman yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempunyai anggota mencukupi bagi mengawal keselamatan di kedua-dua pilihanraya kecil DUN terbabit.

Sehubungan itu, katanya, bagi memastikan ketenteraman awam sentiasa terjamin, pasukan polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menimbulkan kekacauan sepanjang tempoh kempen ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Saya memberi jaminan pilihan raya kecil DUN Merlimau dan Kerdau akan berjalan dengan baik kerana kita mempunyai anggota yang mencukupi dan terlatih bagi menanggani masalah keselamatan kerana mereka juga sudah banyak kali bertugas sama ada pada pilihan raya kecil atau pilihan raya umum.

“Kita juga sudah menubuhkan Markas Taktikal (MARTEK) Polis yang menempatkan anggota polis secukupnya di kedua-dua DUN terbabit,” katanya.Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-4550799639554926502011-02-25T12:36:00.000+08:002011-02-25T16:19:07.036+08:00YBGK | Datuk Seri Najib Razak Melancarkannya hari iniPUTRAJAYA: Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) yang ditubuhkan hasil inisiatif kerajaan dan Majlis Peguam Malaysia untuk menyediakan khidmat bantuan guaman kepada golongan isi rumah berpendapatan kurang daripada RM25,000 setahun.

Perdana Menteri berkata yayasan itu akan dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk memastikan keadilan dinikmati semua rakyat Malaysia.

"Keadilan adalah prasyarat kepada negara dan rakyat yang maju dan berjaya," katanya melancarkan yayasan itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini.

Yayasan itu mengandungi 12 anggota lembaga pengarah dipengerusikan oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail manakala Presiden Majlis Peguam K.Ragunath adalah Timbalan Pengerusi.

Ia akan membantu golongan kurang berkemampuan mendapatkan pembelaan ketika seseorang individu itu ditangkap, ditahan atau dituduh dengan kesalahan jenayah. - BERNAMA

sumber:BharianCangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-13350397674438742982011-02-22T20:11:00.000+08:002011-02-22T20:11:45.053+08:00RM45 juta untuk Menguruskan Pilihan Raya akan DatangKUCHING: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangka pilihan raya negeri akan datang memerlukan perbelanjaan sebanyak RM45 juta.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof memberitahu, peningkatan sebanyak RM15 juta daripada pilihan raya yang lalu itu dijangkakan berikutan kadar sewa pelbagai jenis logistik yang semakin meningkat.

“Berbanding dengan pilihan raya yang lepas, bajet kali ini dijangka akan menyaksi-kan peningkatan sebanyak RM15 juta.

“Peratusan persediaan kami untuk pilihan raya negeri Sarawak adalah lebih kurang 64 peratus,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Hadir sama ialah Pengarah SPR Negeri, Datu Takun Sunggah.

Aziz memberitahu, SPR ingin membuat persediaan awal walaupun tarikh pembubaran Dewan Undangan Ne-geri (DUN) dan pilihan raya negeri belum diketahui lagi.

Menurutnya, untuk mengadakan pilihan raya negeri Sarawak ke-10, ia adalah satu tugas yang besar dan mencabar kerana melibatkan kawasan yang sangat luas, malah lebih luas daripada Semenanjung Malaysia dan persediaannya adalah berbagai-bagai.

“Oleh itu, kita membuat persediaan awal malah bajet juga saya minta pegawai hantar lebih awal ke Kementerian Kewangan walaupun pengumuman belum dibuat supaya pegawai kementerian tersebut boleh membuat kajian (bajet) lebih teliti.

“Bergantung kepada jumlah kelulusan, anggaran jumlah pengangkutan yang di-perlukan sebanyak 24 buah helikopter, kenderaan pacuan empat roda (4,124 buah), perahu panjang sebanyak 919 buah dan bot laju sebanyak 63 buah,” katanya.

Selain itu, katanya lagi saluran mengundi dan pusat mengundi juga sudah dikenal pasti, iaitu saluran adalah sebanyak 2,561 manakala pusat mengundi adalah sebanyak 1,740 dan tempat bertugas pegawai-pegawai pengurus juga sudah dikenal pasti.

Dalam pada itu, beliau memberitahu tujuan perjum-paan SPR di negeri ini adalah untuk menjelaskan tanggungjawab dan memberi anologi kepada pegawai pengurus (RO) dan penolong pegawai pengurus (ARO).

SPR mengadakan tiga perjumpaan iaitu semalam di Kuching dengan seramai 32 orang RO dan 68 ARO, Rabu di Sibu dan Jumaat di Miri.

“Ia adalah sebagai persedia-an awal. Sebagai pengerusi saya suka bersedia awal.

“Sekarang mereka sudah tahu akan ditempatkan di mana dan diharap akan sama-sama membantu melihat ke-perluan di situ dan memaklumkannya kepada (penge-rusi SPR Negeri) Datu Takun,” katanya.

Ketika diminta mengulas sama ada beliau ada meng-adakan pertemuan dengan Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, beliau menafikan sekeras-kerasnya isu tersebut.

“Tidak ada. Saya tidak tahu dari mana anda mendengar-nya kerana saya tidak per- nah berkata demikian. Mana anda (media) dapat khabar itu terpulang, tetapi (saya) tidak ada (berjumpa Ketua Men-teri),” tegasnya.

sumber Borneo Post Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-65333625119814145922011-02-21T23:30:00.000+08:002011-02-21T23:30:01.892+08:00Jangan bohongi rakyat untuk berkuasa: TaibMUKAH: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengingatkan pihak pembangkang yang kemaruk untuk berkuasa agar tidak membohongi rakyat.

Jelasnya, pengalaman selama 30 tahun menduduki kerusi Ketua Menteri menjadikan beliau cukup matang untuk mengetahui sesiapa yang berbohong.

“Saya klasifikasikan bohong kepada tiga jenis. Ada bohong bergurau. Ada yang berbohong untuk mendapat perhatian. Bohong ketiga paling bahaya iaitu bertujuan memecahbelahkan rakyat.

“Pembangkang memang banyak berbohong kepada rakyat. Janji itu ini, konon kalau berkuasa akan menabur duit. Bukan mudah, sedangkan kerajaan tidak dapat melakukan sebegitu. Apa lagi mereka,” tegasnya.

Pada masa sama, beliau mengakui memang ada memikirkan untuk bersara, namun tidak akan berbuat demikian sehingga pemimpin pelapis yang beliau asuh bersedia.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian itu, perasaan sayangkan rakyat menyebabkan beliau sanggup mengorbankan kepentingan peribadi dan masa berharga bersama keluarga.

“Tidak dinafikan saya akui ada terfikir untuk bersara agar dapat meluangkan lebih masa bersama keluarga, bermain dengan cucu serta berehat di rumah. Bagaimanapun, saya menyedari ada tugas yang belum selesai.

“Amanah yang diberikan rakyat perlu saya pikul. Saya sayangkan rakyat yang sentiasa bersama saya semasa susah mahupun senang,” ujarnya bersemangat.

Taib yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balingian menyatakan demikian semasa berucap dalam ‘Program Berambeh Jegem Ketua Menteri’ di Dewan Integrasi Kampung Jebungan, di sini semalam.

Menyentuh mengenai generasi pelapis, beliau memberitahu bahawa terdapat beberapa pemimpin muda yang diasuh untuk meneruskan legasi pembangunan negeri ini.

Selain itu, beliau meminta rakyat agar menjadikan tanah sebagai harta warisan yang perlu ditadbir dengan bijaksana dan berhemah.

“Tanah kita, warisan kita. Tanah merupakan aset bernilai. Jangan terlalu cepat terpesona dengan tawaran lumayan untuk menjual tanah. Jangan jual tanah jika tiada keperluan yang benar-benar mendesak.

“Segala pembangunan yang dinikmati sekarang jauh daripada mimpi kita sebelum ini. Tidak pernah termimpi bahagian Mukah akan membangun seperti sekarang,” tambahnya.

Hadir sama, isteri beliau Puan Sri Ragad Waleed Alkurdi, Ahli Parlimen Mukah Dato Sri Dr Muhammad Leo Michael Toyad, Pengarah Urusan Kumpulan Parabena Sdn Bhd Datuk Raziah Mahmud dan Residen Mukah Saudi Narani.

Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah Unus Tambi, Pegawai Kesihatan Bahagian Mukah Dr Osman Rafaie, Pegawai Daerah Mukah Mohamad Nawawi serta Penghulu Nikie Kadim turut hadir.

sumber Borneo post Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-54655222669275930762011-02-17T18:16:00.000+08:002011-02-17T18:17:23.263+08:00Pilihan Raya Kecil (DUN) Merlimau | Seramai 5,000 Anggota Wanita BN Akan Berkempen.JASIN, 16 Feb (Bernama) -- Seramai 5,000 anggota wanita Barisan Nasional (BN) akan berkempen pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Pengerusinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata dalam menjalankan kempen meraih undi itu, anggota BN diingatkan sentiasa berdisplin, berhemah, dan mengelakkan diri daripada melemparkan dakyah palsu.

"Kita akan meneruskan pendekatan ini pada PRK Merlimau di samping mengawasi dakyah pembangkang yang akan menggunakan pelbagai cara dan helah," katanya kepada pemberita selepas melancarkan jentera Wanita BN dan Gelombang Merah 1Malaysia di Bilik Gerakan Wanita BN di Taman Merlimau Jaya, di sini petang Rabu.

Turut hadir Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Suruhan Pilihan Raya (SPR) menetapkan penamaan calon PRK Merlimau pada 26 Feb ini dan jika ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil iti diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidir Abu Hassan dari BN akibat serangan jantung pada 20 Jan lepas.

sumber BernamaCangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-75956014839520172042011-02-16T23:08:00.000+08:002011-02-16T23:10:15.818+08:00Mahu Lebih Kerusi, PAS Mahu Bertanding Di SarawakKUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- PAS mahu bertanding lebih banyak kerusi pada pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Naib Presidennya Datuk Mahfuz Omar berkata sekiranya hasrat itu tidak tercapai, sekurang-kurangnya PAS akan mengekalkan untuk bertanding satu kerusi di DUN Beting Maro sama seperti pilihan raya negeri sebelum ini pada 2006.

Ikuti berita selanjutnya disini Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-69004029992251536502011-02-16T23:01:00.000+08:002011-02-16T23:01:59.627+08:00Pemimpin Masyarakat perlu bijak Manipulasi Pembangunan, kata KMSIBU: Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud menyarankan agar wakil rakyat dan pemimpin masyarakat di Sibu bijak memanipulasi pembangunan sedia bagi tujuan melonjakkan ekonomi dan aktiviti pembangunan di sini.

Katanya, wakil rakyat serta pemimpin di sini juga harus membuka ruang bagi menjalinkan kerjasama dengan pemimpin lain di serata negeri dalam usaha mencanang lebih banyak aktiviti pembangunan.

“Sekarang zaman telah berubah dan rakyat serta pemimpin mereka tidak boleh terlalu mengharap apa yang diusaha kerajaan.

“Sebaliknya mereka (rakyat) perlu peka dan fokus untuk membangunkan taraf hidup dan sosioekonomi diri sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jalinan Mesra sempena sambutan Tahun Baru Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina (UCA) di sebuah hotel terkemuka di sini kelmarin.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan isteri Toh Puan Norkiah serta isteri Ketua Menteri Puan Sri Ragad Waleed Al-Kurdi Taib.

Menurut Taib, selain industi pembalakan, Sibu yang sangat popular dalam industri berkenaan pada tahun 1960-an dan 1970-an, turut memiliki potensi lain dalam mengembang aktiviti ekonominya.

Ini termasuk industri perkapalan yang dilihat mampu menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit.

“Mungkin pada hari ini kita hanya mampu bina kapal-kapal bagi muatan kecil sahaja dan tidak mustahil orang Sibu mampu menghasilkan kapal yang lebih besar pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu ujar beliau, pembangunan Tanjung Manis sebagai hab halal turut membawa potensi besar kepada rakyat di Sibu.

Bagi menjayakan projek hab halal Tanjung Manis ujar beliau, seseorang itu tidak perlu menjadi Muslim dalam mengetengahkan makanan halal.

Katanya, kerajaan telah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan kini terpulang kepada rakyat sendiri memanipulasikannya untuk mendapatkan manfaat daripada apa yang telah diusahakan.

Jelas beliau, segala keperluan rakyat sentiasa diutamakan oleh kerajaan, apatah lagi negara kini sedang mengorak langkah mengejar status negara maju.

“Apa yang saya ucapkan ini memang kenyataan… dan Sibu harus membangun. Untuk membangun, rakyat Sibu harus mengekalkan status politiknya dalam keadaan terbaik dan terus bersatu padu. Jika tidak, Sibu tidak akan ke mana atau terus ketinggalan begitu sahaja,” tambah beliau.

sumber di petik dari Borneo Post Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-66486575365700425452011-02-15T09:21:00.000+08:002011-02-24T22:34:38.835+08:00DUN Sarawak | Dijangka Dibubarkan Pada Bulan MacKUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak dijangka dibubarkan akhir Mac atau awal April ini bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-10 yang dijangka diadakan April ini, iaitu tiga bulan sebelum tempoh DUN Sarawak kesembilan berakhir.

Ini berikutan kursus bagi petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak akan bermula selepas Pilihan Raya Kecil (PRK) Merlimau yang ditetapkan pada 6 Mac ini.

Pengarah SPR Sarawak, Datuk Takun Sunggah, mengesahkan kursus selama dua minggu bagi semua petugas pilihan raya di semua 71 kawasan DUN di Sarawak, akan hanya bermula sebaik PRK Merlimau selesai.

“Kursus untuk semua petugas pilihan raya negeri Sarawak akan diadakan selepas PRK Merlimau,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Tempoh DUN Sarawak ke-Sembilan akan berakhir pada 24 Julai ini. Pada 2006, DUN Sarawak Yang Ke-Lapan dibubarkan oleh Yang Dipertua Negeri pada 24 April 2006, iaitu tujuh bulan lebih awal daripada tarikh tamat hayat DUN berkenaan, dengan SPR menerima surat daripada Speaker DUN mengenai pembubaran itu pada hari sama.

Baca berita selanjutnya di Link Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-82932412967760744122011-02-14T23:10:00.000+08:002011-02-14T23:10:42.082+08:00DUN Kerdau | BN akan cari pengganti Zaharuddin

photo credit to Borneo post online

TEMERLOH: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Barisan Nasional (BN) akan mencari pengganti yang sesuai untuk meneruskan perjuangan membela nasib rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Kerdau.

Beliau berkata mengikut perlembagaan, pilihan raya kecil DUN Kerdau perlu diadakan berikutan kematian anggota DUN Datuk Zaharuddin Abu Kassim.

“Masa depan tempat ini akan terus dimajukan, kami akan cari pengganti untuk teruskan perjuangan Allahyarham,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi jenazah Allahyarham Zaharuddin di sini, semalam.

Berita selanjutnya di sini Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-35228773429605727962011-02-14T20:47:00.000+08:002011-02-21T04:12:28.115+08:00Betul ke rusuhan akan berlaku di Sarawak?Satu perhimpunan protes ke atas Ketua Menteri Taib Mahmud dipercayai akan diadakan di Padang Merdeka, Kuching, Sarawak pada Ahad ini, 20 Februari jam 2.00 petang. Diuar-uarkan SMS telah disebar menyeru penyokong berkumpul untuk menjayakan protes tersebut.

Baca selanjutnya di sini Cangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-6411902465438846719.post-13620015658910217922011-02-14T20:29:00.003+08:002011-02-14T20:29:12.033+08:00First PageTerima kasihCangkirhttp://www.blogger.com/profile/15197254929633564175noreply@blogger.com0